Tuesday, September 1, 2009

Majlis Perbincangan Cadangan Konsep Pemilihan Dan Pindaan Perlembagaan UMNO.

Tempat: Dewan UMNO Bahagian Seputeh, Taman Desa.
Masa: 8.30 malam kononnya (tapi start jam 9 malam).

*Sila baca komen-komen saya seperti dibawah. Minta maaf, gaya penulisan tidak formal.



Mana semua Ketua-ketua Cawangan, Ketua-ketua Wanita Cawangan, Ketua-ketua Pemuda Cawangan & Ketua-ketua Puteri Cawangan? Itu belum kira pulak barisan-barisan Exco yang hebat-hebat belaka kononnya. Mereka sibuk bekerja dan ada hal yang lebih penting? Hmmmm...




Bergegas dari office semata-mata nak menghadiri mesyuarat yang diadakan pada jam 9 malam - hari bekerja. Gambar dibelakang kami itu adalah kerusi-kerusi kosong yang anda semua tidak nampak penghuninya disebabkan mereka invisible.



Cuma 46 orang sahaja yang hadir. Hebat tak UMNO Bahagian Seputeh?


Sessi debat bermula.



Kesimpulannya, pemilihan seperti ini tak perlu diadakan sebab membuang masa. Orang-orang yang mengundi pun sebenarnya tak paham apa-apa, ikut sahaja abang-abang atau kakak-kakak (yang konon-kononnya lagi bijaksana) maklumlah, lagi besar jumlah orang boleh mengundi lagi tipislah harapan nak dapat duit kopi. Nasib baiklah ada seorang Datuk yang hadir dan menerangkan lebih terperinci tentang perkara pindaan ini. Beliau cuma ahli biasa dalam dalam UMNO Bahagian Seputeh. Memang cool lah Datuk tu. Lebih memalukan, PENGERUSI MAJLIS sendiri tidak paham dan kerap kali membuat kesalahan ketika ingin menerangkan lebih lanjut berkenaan sesuatu pindaan dan boleh menasihatkan semua yang hadir agar tidak ambil serious perkara yang dibincangkan (ramai yang berdebat tentang pilihan pindaan yang diberikan). Very unwise move, I shall say. Kalau perkara ini tidak serious, mengapa perbincangan ini perlu diadakan? Apa-apa sahaja berkenaan dengan masa depan UMNO perlu di pandang serious. No wonderlah UMNO kucar-kacir.



1 comment:

Unknown said...

Kadangkala tak faham kenapa perbincangan ini dibuat jika dah tau keputusan akan berpihak kepada orang-orang yang dikatakan kuat dalam bahagian? Agaknya buat penat kita datang berbincang tapi keputusan memang dah ada pun. Saja je nak menyusahkan kita membazir masa untuk datang...