Wednesday, July 30, 2008

Persidangan Tahunan Puteri

Salah satu 'hot seat' di Seputeh telah pun selamat bersidang pada 27 Julai 2008, walaupun pada mulanya keadaan menjadi tegang ekoran wakil Puteri bahagian bertindak ingin menggantung persidangan dengan alasan tidak cukup ahli. Alasan sebegini di guna pakai ekoran tindakan penyandang Ketua Puteri Cawangan memberi sokongan dan pencalonan kepada Mona Liana bagi menentang penyandang Ketua Puteri Bahagian, Azliza Ahmad.

Keadaan berjaya ditenteramkan dan persidangan diteruskan setelah kata dua diberikan kepada wakil puteri bahagian. KPC sekali lagi menyandang jawatan bagi penggal kedua dan beliau juga mengekalkan ahli jawatankuasa yang sama.

Adat persidangan, semua muka-muka yang inginkan diri mereka di calonkan turut turun padang bagi memastikan kelancaran majlis dan paling peting - pencalonan berpihak kepada mereka.

Pencalonan setakat ini: Mona Liana - 4 cawangan, Azliza 4 cawangan. 2 cawangan di gantung. Baki - 19 cawangan.

1 comment:

Unknown said...

tahniah!...

atleast ada jugak la pu3 seputeh yang buat blog...

pu3 bhgn seputeh punya blog? bertahun tak bertukar...hampeh...naik benci tengok....

updatekan lagi dengan isu...terutama isu persidangan kali ini...highlight terutama pertandingan satu lawan satu KPB...kalau ada gambar lagi best....