Tuesday, September 1, 2009

Malaysians Celebrate 52 Years of Independence With Pride.


The effort for independence was spearheaded by Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, the first Prime Minister of Malaysia, who led a delegation of ministers and political leaders of Malaya in negotiations with the British in London for Merdeka, or independence along with the first president of the Malayan Chinese Association (MCA) Tun Dato Sir Tan Cheng Lock and fifth President of Malaysian Indian Congress Tun V.T. Sambanthan. Once it became increasingly clear that the Communist threat posed during the Malayan Emergency was petering out, agreement was reached on February 8, 1956, for Malaya to gain independence from the British Empire. However, for a number of logistical and administrative reasons, it was decided that the official proclamation of independence would only be made the next year, on August 31, 1957, at Stadium Merdeka (Independence Stadium), in Kuala Lumpur.
Thanks to Wikipedia for the information.

Majlis Perbincangan Cadangan Konsep Pemilihan Dan Pindaan Perlembagaan UMNO.

Tempat: Dewan UMNO Bahagian Seputeh, Taman Desa.
Masa: 8.30 malam kononnya (tapi start jam 9 malam).

*Sila baca komen-komen saya seperti dibawah. Minta maaf, gaya penulisan tidak formal.



Mana semua Ketua-ketua Cawangan, Ketua-ketua Wanita Cawangan, Ketua-ketua Pemuda Cawangan & Ketua-ketua Puteri Cawangan? Itu belum kira pulak barisan-barisan Exco yang hebat-hebat belaka kononnya. Mereka sibuk bekerja dan ada hal yang lebih penting? Hmmmm...




Bergegas dari office semata-mata nak menghadiri mesyuarat yang diadakan pada jam 9 malam - hari bekerja. Gambar dibelakang kami itu adalah kerusi-kerusi kosong yang anda semua tidak nampak penghuninya disebabkan mereka invisible.



Cuma 46 orang sahaja yang hadir. Hebat tak UMNO Bahagian Seputeh?


Sessi debat bermula.



Kesimpulannya, pemilihan seperti ini tak perlu diadakan sebab membuang masa. Orang-orang yang mengundi pun sebenarnya tak paham apa-apa, ikut sahaja abang-abang atau kakak-kakak (yang konon-kononnya lagi bijaksana) maklumlah, lagi besar jumlah orang boleh mengundi lagi tipislah harapan nak dapat duit kopi. Nasib baiklah ada seorang Datuk yang hadir dan menerangkan lebih terperinci tentang perkara pindaan ini. Beliau cuma ahli biasa dalam dalam UMNO Bahagian Seputeh. Memang cool lah Datuk tu. Lebih memalukan, PENGERUSI MAJLIS sendiri tidak paham dan kerap kali membuat kesalahan ketika ingin menerangkan lebih lanjut berkenaan sesuatu pindaan dan boleh menasihatkan semua yang hadir agar tidak ambil serious perkara yang dibincangkan (ramai yang berdebat tentang pilihan pindaan yang diberikan). Very unwise move, I shall say. Kalau perkara ini tidak serious, mengapa perbincangan ini perlu diadakan? Apa-apa sahaja berkenaan dengan masa depan UMNO perlu di pandang serious. No wonderlah UMNO kucar-kacir.



Monday, June 15, 2009

Persidangan Tahunan Cawangan-cawangan Bahagian Seputeh 2009

Perhatian kepada rakan-rakan Puteri Seri Petaling,

Pada 28hb Jun 2009 ini akan diadakan Mesyuarat Tahunan bagi Cawangan Seri Petaling, diharapkan rakan-rakan Puteri dapat meluangkan sedikit masa bagi membantu dan mempertingkatkan lagi usaha Cawangan dan Puteri untuk memperjuangkan nasib anak-anak Melayu yang jauh ketinggalan.

Terima Kasih.


Hashella Alias

Wednesday, June 10, 2009

Seminar Bijak Belajar Bersama Dr. Shukri Abdullah

























































































































Seminar ini diadakan bagi pelajar-pelajar tahun 4, 5 dan 6 bagi membantu mereka menghadapi peperiksaan dimasa hadapan.

Mereka dilatih penentuan pendirian pelajar cemerlang, bijak menguasai mata pelajaran, pengurusan masa untuk pelajar, membina dan memupuk sikap kemenangan dan konsep "study hard, study smart".

Seramai 19 pelajar dari Seri Petaling telah mendaftarkan diri bagi program kali ini dan pihak kami dapat melihat dengan sendiri sejauh mana pelajar-pelajar ini ketinggalan dibelakang.
Diharap dengan program-program sebegini, dapatlah lagi pihak kami membantu pelajar-pelajar ini lebih berjaya dalam peperiksaan.

Friday, May 22, 2009

Puteri UMNO Seri Petaling di Sehari Bersama Bill Keith































































Bertempat di Kelab Darul Ehsan pada hari Sabtu 16 Mei 2009, telah berlangsung bengkel keterampilan dan motivasi yang bertajuk "Sehari Bersama Bill Keith.”Bill telah memberi sedikit tunjuk ajar dan cara-cara bagaimana untuk mengharungi hari mendatang sebagai seorang wanita.
Bengkel ini juga merangkumi, cara-cara tata hias diri, penampilan diri dari sudut pakaian dan warna yang betul dan lain-lain lagi.
Bill juga telah bermurah hati memberi 7 pasang kasut kepada pemenang bertuah, dimana koleksi-koleksi itu adalah milik Bill sendiri yang baru diambil dari kilang!
Di penghujung bengkel, semua peserta diberi sijil penyertaan daripada pihak Kunang2 Group Sdn Bhd dan juga gambar secara beramai-ramai.